Qamarul
Jangan memaksa untuk mencinta, kerna jika terpaksa itu bukan cinta namanya.

Andai cinta terputus usah putuskan nyawa, usah putuskan tawa, usah putuskan doa. Cuma putuskan duka

Usahlah biarkan diri tenggelam dalam kenangan cinta silam, hinggakan kebahagiaan masa hadapan jauh terhumban dari genggaman

Cinta yang suci lebih dari sekadar ungkapan. Bukan mainan perasaan, tetapi anugerah dari Tuhan.

Jangan biarkan masalah membunuh hubungan, jadikan ia sebagai pedoman untuk mengukuhkan ikatan.

Mungkin Tuhan pertemukan kita dengan cinta yang salah agar kita lebih menghargai cinta sejati yang sedang menuju kita.

Mencari hati untuk dicinta? Mulakan dengan mencintai Tuhan, nescaya Tuhan akan melimpahkan cinta padamu.

Bukan kerana kamu istimewa lantas aku mencintaimu. Tapi kerana aku mencintaimu, maka istimewalah kamu di mataku.

Cinta kerana nafsu bisa datangkan gundah. Cinta kerana Tuhan, itu lebih barakah

dalam hubungan jangan tunggu lama lama, kerana hati manusia tidak tahan lama.

Cinta bukan sekadar memberi atau menerima, tapi untuk sama berkongsi antara jiwa.

Cinta bukan sekedar ttg kesakitan hati. Tp bagaimana kamu menjadikan cinta itu layaknya hal yg dpt mendewasakan diri


No posts.
No posts.